Fuyoh wrote:Pengantar Penulis
Assalamualaikum
Saya sengaja melayari lawan web peribadi saya dan mentelaah koleksi puisi tulisan sendiri.
Apa yang tersurat di atas layar lcd ini bukan untuk mencari simpati atau apa saja motif.
Cuma mencoret perasaan yang terpendam. Semoga ada penghayatan untuk pengajaran.
Koleksi Puisi - Monolog Cinta Luka
Karya Asli : Asri @ Fuyoh @ Khaleed @ Syawal
Cerita
Sampai saat ini
Aku terus aja
Melalu detik kenyataan pahit
Walau puas aku mengolah laluan
Aku hilang segala
Semua pergi dan lari
Yang tinggal
Hanya tanda yang berbekas
Yang manis dulu kini jadi mimpi ngeri
Kapan ia tamat
Jadi tandatanya
Yang terbit dari lubuk akal
Lalu menusuk hati
Kapan pula aku bakal jadi gagah menghadapi
Aku ngak tahu
Gila !
Kok semua ada penyelesaian ?
Tangis segala, munajat cinta
Dia dengar, tahu
Aku sakit di sini
Hampir mati kerana kecewa, kerana cerita
Indah percuma
Ilusi ?
Nyata benar
Harapan?
Hancur semua
Aku bermonolog sendiri
Aku mau tunggu
Bilang teman
Jangan ! Mas jangan mas !
Dia takkan lagi jadi cewekmu !
Cari yang lain!
Aku balas
Ngak!
Aku tetap disini
Menanti dia
Kekasih yang sangat dekat di hati aku
Padang Bolasepak Jengka 2 11.20 pm
Pedih
Aku Memikirkan Esok Lusa Bersendirian
Kenyataan Yang Amat Pedih
Harus Aku Harungi
Sehingga Aku Berteman
Halal Dengan Ikatan
Sama Ada Siapa Yang Terpilih
Aku Redha Dan Menerima
Asalkan Punya Sifat Isteri Yang Menyenangkan
Tak Perlu Kecantikan Seperti Model Majalah
Tak Perlu Anak Hartawan
Aku Hanya Insan Biasa Yang Mencari
Untuk Bahagia Hingga Nyawa Bercerai Badan...
Auckland International Airport 10.00 am
Cari Pengertian
Aku Lihat Bintang Di Langit
Aku Nampak Bayang
Kenangan Indah Kita
Bukan Mau Canda Bicara
Tapi Benar Ada Dalam Hati
Senyum Tawa Kamu
Telatahmu
Penuh Rajuk Dan Pujuk Rayu
Tapi Itu Hanya Masa Lalu
Yang Memberi Aku Waktu Gembira
Lamanya 5 Tahun
Kini Aku Sepi
Tertanya Tanya
Termanggu
Apa Pengertian Itu Bagi Kamu
Apa Saja Maknanya
Apakah Kau Tahu
Apa Itu Cinta Bagimu
Wellington Dairy Farm Park 8.30 am
Sajak Mat Bunga Patah Sayap
Aku lihat bintang di langit,
tentu sekali singar kerdipannya,
menerbit rasa damai di hati,
rasa ingin tahun mula meniti,
kenapa bintang itu bisa bercahaya,
tika gelap malam.
Aku datang waktu sebegini,
ada rayu dan pujuk hati,
tapi aku juga ada harga diri,
menjejak kelam sepi itu,
dan semuanya tak lagi berseri,
bintang kian malap,
pudar dimamah masa.
Aku kini berangkat pergi,
sudah aku tau ini bukan tempatku lagi,
biar langkah membawa jasad ini,
dan jiwaku sebenarnya telah mati,
bersama cinta yang pergi...
KLIA Sepang 9.00 am
Doa Kepada Tuhan
Tuhanku
Kerana Aku Menyerahkan Diriku Ini
Untuk Kau Adili
Dan Aku Terima Pembalasan Mu
Sebagaimana Perilaku Selama Aku Berpaling Dari Jalanmu
Tuhanku
Aku Memohon Pengampunan
Pada Kasih Sayang Dan Rahmat Mu
Aku Berlindung
Tuhanku
Kasihanilah Aku
Berikanlah Aku Kekuatan Menghadapi Hukuman Ini
Tuhanku
Kuatkanlah Aku
Teguhkanlah Aku Dalam Perjuangan Emosi
Kepada Mu Aku Berserah Diri, Mengadu Dan Merayu
Masjid Syukur KLCC 9.00 pm
5 Tahun
Sayang,
Masih aku ingati di saat itu,
tatkala mendengar suaramu,
aku seolah hilang dalam anganku,
memiliki dirimu
seorang gadis di usiaku 25 tahun,
aku cuba mengenalimu,
dan membisikkan sesuatu padamu,
ianya disambut satu jawapan yang memberi sejuta harapan.
Perkenalan kita bermula di ruang maya,
hinggakan aku sanggup bersusah payah dari selatan,
menemui dirimu di tengah kota Puduraya,
bersenda gurau bertentang mata,
menguatkan janji yang ku kata sehari - hari.
Sayang,
Dari pertemuan ke pertemuan di kota,
kau pintaku menemanmu ke utara,
menemanmu pulang ke menara gading,
walaupun menaiki indera dua tingkat,
dan selalunya kita berasmara,
menyemai buih perhubungan,
yang aku tahu ianya salah di mata sesiapapun,
malah salah di sisi agama.
Namun bagaimana aku harus menahan,
kau pintaku menunggu dan menunggu,
sehingga kau tamat pelajaran,
sehingga kau mula bekerja,
sehingga masalahmu selesai,
aku setia dan terus setia.
Pada satu malam,
yang mana aku sedang berusaha hadir ke rumahmu,
menemui keluargamu,
dengan sebentuk cincin dan rantai emas,
sebagai tanda aku memimilihmu sebagai bakal isteriku,
di kegelapan Genting Sempah yang kejam,
aku hilang pandangan lalu kabur tanpa sedari.
Dan di malam Syawal,
aku di rumah menanti panggilanmu,
namun kau tidak pernah mengetahui bahawa aku kesakitan,
menunggu belaian darimu,
menunggu suaramu,
sehinggalah...
Tanggal 18.10.2010,
aku menghubungimu di hai lahirmu ke 25,
di mana aku menerima khabar yang amat menyiksa dan menyakitkan,
menghancurkan tembok kesetiaan dan kejujuran aku,
memusnahkan sejuta harapan yang kau berikan,
meranapkan mahligai impian dengan sebaris kata.
"Aku telah dimiliki insan yang lain"
Bagaikan petir halilintar menjamah tubuhku,
semudah itu kau hamburkan kata - kata pembunuh jiwaku,
mudahnya kau membiarkan aku tertanya - tanya,
di manakah letaknya cinta dan kasih sayangmu,
di manakah letaknya rindu dan setiamu,
di manakah letaknya jujur dan janjimu.
5 tahun aku di sini dan di sini...
5 tahun...
Kuantan Medical Centre 11.25 pm
Puisi 1 Pagi Untuk Bucuk
malam yang dingin ini membuat aku mengingatkan dikau
tersenyum di sofa merenung aku yang kaget
keayuanmu memanggil jiwa ini melayari dasar hatimu
mungkin kesepian mengubah sejarah esok
mungkin penerimaan menjamah sejuta kebarangkalian
sambil mendengar Nessun Dorma - Pavioratti, jemariku berlari di atas kekunci ini
menitip sebuah puisi berlagu tanpa irama
adakah aku akan memilikimu sayang
atau aku akan terus berpuisi sehingga ada yang singgah bercinta denganku
Phoenix Cyber Café 10.00 pm 21.06.2005
Alangkah
alangkah indahnya kalau dapat memiliki sebuah taman di ruang hati
puteri yang hadir dalam mimpi
tetapi hanya satu keindahan yang aku ciptakan untuk menghadirkan
puteri dalam mimpi di setiap malam yang sunyi
alangkah pedihnya kiranya taman yang aku miliki telah dinodai dengan pasti
tetapi aku masih menanti kiranya ada sebuah taman yang masih subur
dan belum berpunya untuk aku penuhi dengan cinta yang ikhlas dari sanubari
alangkah aku berharap kiranya malam ini aku dapat menyelami hati
seorang puteri yang sedia memberikan aku kebahagiaan yang panjang
untuk seumur hidupku
Phoenix Cyber Café 9.00 pm 21.06.2005
naik gatal rmbut ak bce...
nk tgelak ad..nk mnitik airmate pon ad...
pndek2 sudah...
kang termuntah ak dlm cc spe malu..ak gak..