Berikut Adalah Jadual @ Tentatif Program Yang Dicadangkan Untuk Aktiviti Karnival Keselamatan Dan Kesihatan Anjuran KRT Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2 Dan Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Daerah Kuantan di Padang Awam, Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2, Kuantan.
24hb Jun 2011
06.00 Pagi Berkumpul Di PETRONAS GAMBANG (keluar highway jalan ke Kuantan) Jalan Kuantan - Gambang / Kuantan - Muadzam.
07.00 Pagi Tiba Di Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2, Kuantan Untuk Agihan Homestay (DITAJA OLEH RXZMalaysia - Kuantan)
25hb Jun 2011
06.00 Pagi Persiapan Diri, Solat Subuh
07.00 Pagi Minum Pagi Di Pondok Kawalan / Khemah KRT Di Padang
08.00 Pagi Berada Di Khemah Untuk Pendaftaran Ahli Baru & Pameran Motorsikal.
12.00 T/Hari Istirehat Dan Makan Tengah Hari. Solat Berjemaah.
02.00 Petang Bertolak Ke Air Terjun Hutan Lipur Sg Panching
06.30 Petang Bertolak Ke Homestay (Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2, Kuantan)
07.00 Malam Persiapan Diri, Rehat, Solat Maghrib, Makan Malam, Solat Isya', Tazkirah Bersama Sheikh
09.00 Malam Aktiviti Bebas Karnival, Pergi Lepak Esplanade / Karaoke.
12.00 Malam Rehat, Tidur Awal Ye
26hb Jun 2011
06.00 Pagi Persiapan Diri, Solat Subuh
07.00 Pagi Minum Pagi Di Pondok Kawalan / Khemah KRT Di Padang
08.00 Pagi Aktiviti Di Karnival, Booth Pameran Dan Pendaftaran Ahli RXZMalaysia, Sukan Rakyat, Sukaneka. Siapa Pakai RXZ 5 Speed Original, Mesin Cantik, Boleh Pamer Kat Booth. Parking Kita Disediakan. SRS, RELA, Polis Akan Mengawal Keselamatan.
12.00 Rehat, Mandi, Makan. Solat Zohor
02.00 Gotong Royong Mengemaskan Khemah Dan Lain - Lain Semak Yang Tertinggal.
04.00 Bergerak Pulang. Pelepasan Oleh: Pengerusi KRT Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2.
04.45 Berpecah Di i R & R Lama Simpang Empat Jalan Kuantan - Gambang / Kuantan - Muadzam
MAKLUMAT PENGINAPAN
1 Rumah 18 0rg. Besar. 3 Bilik.
DITAJA OLEH RXZMalaysia - Kuantan.
TERKINI : MAKAN MINUM KITA AKAN DITAJA. KRT TAMAN AJAK GOTONG - ROYONG SEBELUM BALIK. BUNGA RAMAI. JOM PAKAT PETIK RAMAI-RAMAI.
KHEMAH @ BOOTH PAMERAN DAN PENDAFTARAN
RXZMalaysia akan diberi satu KHEMAH (Bersama GEGAR AUDIO SYSTEMS - Free Audio Promotion), beserta KERUSI dan MEJA untuk membuka KAUNTER PENDAFTARAN. So sesiapa yang bagus dari sudut Multimedia Dan IT boleh la tunjukkan bakat untuk buat PROFILE KELAB juga SLIDE SHOW. BAWA LAPTOP dan BROADBAND, TAK LUPA PADA BANNNER - BANNER
DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU.
Saya tidak ada halangan sekiranya saudara sekalian datang membawa buah hati, tunang atau isteri, cuma sebagai langkah mengelakkan tanggapan negatif masyarakat PANTAI TIMUR di sini, buah hati, tunang atau isteri saudara akan TINGGAL DI HOMESTAY BERASINGAN. Selain itu juga, TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MEMBUAT BISING / REMP MOTOR dalam kawasan taman. Ini adalah ARAHAN DAN PERATURAN pihak KRT Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2.
PERUBAHAN BESAR JADUAL TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
Yang Menjalankan Tugas,
NOR ASRI BIN BAHARI
Asri - Fuyoh - Khaleed
014-2166135
Last edited by Fuyoh on Fri Jun 24, 2011 8:51 pm; edited 7 times in total