1. Thread / Topic
Hari ini aku terpaksa membuat tindakan drastik untuk menutup beberapa thread / topic yang ada. Aku rasa macam nak terjojol bijik mata untuk baca semua topic yang kadang - kadang macam sama tapi dipecahkan kepada dua. Tolong faham ya. Topic yang aku bukak pon aku lock dan move.
2. Pendaftaran Keahlian
Dengan kuasa moderator Eastern / Pahang, aku harap korang boleh daftarkan diri secara rasmi. Senang aja, sediakan fotostat I/C dan tulis di belakangnya detail korang. Alamat Terkini, No. Telefon Rumah dan Handphone, No Plat Motor. Sediakan bayaran RM 20.00. Bila pendaftaran dah selesai, aku akan kirim kepada semua ahli berdaftar STICKER KELAB dan insya Allah ada sesuatu yang lain dari yang lain. Semua ni untuk pendaftaran rasmi kelab.
3. Perjumpaan
Aku dah sakit jiwa nak ajak korang jumpa. Kita ni perlu fikir jugak macam mana nak daftar kelab, taknak la polis cop kita mat rempit aje, KAMI BUKAN SAMSENG JALANAN. Tolong paham. Buat undian dan tulis kat celah mana nak jumpa. Contoh ko undi Kuantan, pastu balas kat sini, KUANTAN - Restoran TAJ depan balai polis jaya gading. Contoh la kan. Korang boleh tulis terus kalau port tu takde dalam list. Pastikan kita boleh buat perbincangan dan tempat tu tak bising sangat.
4. Pembantu Aku
Buat masa ni pembantu aku ada 3 orang aja. Insya Allah akan ditambah.
Acap
Hantu_Malam
Boodarkjengka
5. Laen kali guna la topic yang disediakan.
Sebarang pandangan sila balas DI SINI. Aku sedia terima kritikan dan teguran jugak. Nombor telefon aku 014 2166135. Call atau SMS aku ok. Jangan jual no aku ni tak mahal pon.
6. Konvoi / Ride / Meeting
Ha ni satu benda yang penting. Kalau kelab dah anjurkan Konvoi / Ride / Meeting, janganlah tak datang melainkan ada keje / ada kelas @ exam / urusan keluarga. Ini tak, tak pergi konvoi kelab tapi pergi konvoi lain. Lepas tu bising tak ada aktiviti pulak. Kalau kita tak bersatu dalam kelab macam mana kita nak letak kelab kita sebaris dengan kelab yang dah lama? Sama - sama lah bangunkan kelab kita ni.
Sekian, adios.
Wassalam.