by Fuyoh Wed Apr 27, 2011 9:36 pm
Berhubung dengan apa yang aku tulis di atas;
Aku telah mendapatkan pandangan Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan
sekiranya kita hendak mendaftarkan pertubuhan kita, ada beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan.
1. Nama
Apabila kita menggunakan nama tertera perkataan Malaysia, ia secara am bermaksud Peringkat Kebangsaan. kalau badan belia boleh terus daftar di peringkat kebangsaan, tapi kelab kita ni dikategorikan sebagai Pertubuhan Sukan Bermotor di bawah Jadual Pertama Seksyen 2 Akta 576 - Akta Pembangunan Dan Pertubuhan Belia 1997.
Oleh yang demikian, sekiranya kita bertegas untuk menggunakan nama RXZMalaysia, kita perlu melaksanakan mesyuarat penaja mengikut turutan berikut:
a. Mesyuarat Penaja di 7 Daerah setiap negeri.
b. Mesyuarat Penaja di 7 Negeri
c. Mesyuarat Penaja Kebangsaan
2. Maklumat Ahli.
Semua ahli dikehendaki memberi detail lengkap tentang diri dan motorsikal masing - masing serta segera memberitahu sebarang perubahan maklumat dan pertukaran LESEN, CUKAI JALAN atau MOTORSIKAL masing-masing kepada MODERATOR. Yuran Penubuhan RM 20.00 yang dikenakan bersama Fotostate I/C, Road Tax dan Lesen Memandu (jika ada) hendaklah diserahkan kepada Moderator Daerah masing - masing.
3. Carta Organisasi, Maklumat Pertubuhan dan Perlembagaan
Semua ni aku rasa Cikgu sebagai Presiden dan aku boleh bantu siapkan. Tapi semua tertakluk kepada cikgu. Kemudian aku fikir baik kita bincangkan di Ledang dan seterusnya melaksanakan apa yang perlu dengan persetujuan Presiden.
Aku hanya menulis apa yang aku tahu, selebihnya terpulang pada masing - masing.
Born To Ride
Mengejar Angin
Saya yang benar,
* Encik Fuyoh yang berhajat mengalirkan darah dari hidung Encik Bainz Sharum. Hahahahahahahaha