by Fuyoh Mon Sep 27, 2010 7:38 am
Bila aku sedar hari dah petang... Kebanyakan member dah ke pantai... Begitu juga aku yang kemudian berdating bersama Datin Black_Emo dan Datin CT Sifir di tepi pantai... Hp kong... Tak dapat amek gambar...
Bila aku balik chalet yang lengang, aku dan Syuk takdak keja so posing la KAMEN kami petang tu...
Malam tu tepat jam 8.30 malam kami berkumpul di simpang masuk Cherating dan berkonvoi menyusuri jalan Cherating - Balok - dan seterusnya tiba di Tanjung Lumpur, di mana kami menghabiskan masa kira kira 2 jam untuk SANTAP. Ana Ikan Bakar restoran yang bagus dan murah. 50 orang berada di meja makan panjang... Meriah betul...
Menu hari tersebut bagi meja 46 + 47:
2 ekor ikan siakap masak tiga rasa (saiz Medium 10 orang makan)
2 ekor sotong besar bikin rebus
RM 76.13 MURAH BROOO Sedap Plak Tuuu
Menu lain biasa la kan:
1 mangkuk besar Sup Tomyam (yang ni si boboy sukaaa)
1 mangkuk besar Sup Perut
2 pinggan telur dadar
3 mangkuk nasi putih
ada apa lagi aku lupa
JUMLAH SEMUA (Tidak termasuk air, 10 orang makan besar RM 139.00)
Harga caj yang aku rasa paling murah setakat ni yang aku jumpa.
So semua termasuk air dianggarkan RM 150.00
Makan sampai kenyang gila... Puas - puas bro sampai perot aku memboyot...
HP Kong tadak bukti visual...
Dah jam 6.40 pagi... Maka aku tamatkan dulu di sini dan kita berjumpa di waktu aku boleh ponteng kerja lalala.